R.U.M.A.H.
Research for the Understanding of Malay Architectural
Heritage
Nama RUMAH dipilih bagi menunjukkan bahawa penyelidikan ini memberi tumpuan kepada Rumah Melayu. Inisiatif ini akan diberikan kepada usaha dokumentasi Rumah Bumbung Panjang yang merupakan rumah tradisi awal yang kini di ambang kepupusan.
Kami sedia maklum bahawa banyak pihak khususnya Institusi Pengajian Tinggi dan Organisasi Kerajaan telah melaksanakan usaha membuat penyelidikan, pendokumentasian dan pemuliharaan warisan rumah Melayu. Sebagai contoh KALAM (UTM), KUTAI (UiTM Seri Iskandar), Jabatan Seni Bina, Politeknik dan Jabatan Warisan Negara mempunyai strategi dan usaha yang sistematik bagi menyelamat, melindungi dan memulihara Warisan ini. Maka usaha RUMAH hanyalah sekadar inisiatif kumpulan kecil peminat warisan seni bina Melayu untuk memenuhi keinginan untuk mendalami dan lebih memahami jati diri dan roh Melayu melalui warisan seni bina rumah Melayu.
R.U.M.A.H kini mendiami di sebuah Rumah
Kedai lama dalam Tapak Warisan Dunia Melaka.
Alamat
RUMAH :
No. 41, Jalan Laksamana, Padang Nyiru
Melaka Bandaraya Bersejarah
0 comments